SYARAT-SAYARAT DAN KEPERLUAN YANG MESTI
DIPATUHI OLEH SEMUA PENENDER YANG INGIN
MENGAMBIL BAHAGIAN BAGI SEBARANG TAWARAN
DI JABATAN INI ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
1. Membaca, memahami dan meneliti
kesemua kandungan didalam Borang DOKUMEN
TAWARAN dan SPESIFIKASI TEKNIKAL serta
mengisi semua ruang-ruang yang
diperlukan dengan LENGKAP dan TERATUR.
2. Mempunyai Pendaftaran Syarikat yang
SAH daripada Kementerian Undang-Undang
Negara Brunei Darussalam dan di Jabatan
Perhutanan yang masih SAH.
3. Penender hanya dibenarkan untuk
mengisi Satu(1) set BORANG TAWARAN untuk
tujuan satu (1) HARGA TAWARAN sahaja
(One Offer Only).
4. BORANG TAWARAN yang telah lengkap
diisikan hendaklah dihadapkan dan
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran,
Tingkat Bawah di Bangunan Perindustrain
dan Sumber-Sumber Utama.
5. Semua Tawaran yang dihadapkan
mestilah dihantar dalam sampul surat
yang tertutup dan pada bahagian atas
sebelah kiri sampul surat hendaklah
ditulis dengan BILANGAN/TAJUK TAWARAN
dan TARIKH TUTUP sahaja tanpa
menunjukkan identiti penender.
6. Dokumen Tawaran yang diterima lewat
dari tarikh dan tersalah tempat seperti
yang ditetapkan tidak akan dilayan (dibatalkan).
7. Penender mestilah menyertakan salinan
SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN seperti
Lisen Perniagaan bil 16 & 17, ‘Business
Lisence’ bagi Syarikat Berhad &
Sendirian Berhad, Lisen-Lisen yang
berkaitan seperti yang dipersyaratkan
oleh Jabatan ini, Sijil-Sijil
pendaftaran kelas ketagori dari
Kementerian Pembangunan, resit pembelian
dokumen, senarai pemilik, kad pengenalan
pemilik Syarikat bagi Rakyat Brunei dan/atau
paspot bagi warganegara asing,
pengetahuan/ pengelaman syarikat dan
lain-lain keterangan yang berkaitan.
8. Mengisi Borang Pengakuan/Declaration
Form dengan lengkap.
|