Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

20.03.2016_MAJLIS SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB, MEMBACA SURAH YASSIN, DOA SELAMAT DAN SEMBAHYANG FARDHU ISYAK BERJEMAAH SEMPENA MEMPERINGATI HARI HUTAN ANTARABANGSA 2016

Bandar Seri Begawan, 20hb Mac 2016. Jabatan Perhutanan telah mengadakan Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Membaca Surah Yassin, Doa Selamat dan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah sempena Hari Hutan Antarabangsa 2016 pada 12 Jamadilakhir 1437H bersamaan 20hb Mac 2016, bertempat di Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat di Majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan;  Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohamad, Timbalan Setiausaha Tetap [Pelancongan], Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Mulia Haji  Faizal bin Haji Mohd Yaakub, Pemangku Pengarah Perhutanan selaku Pengerusi Majlis.

Seramai lebih kurang 250 orang telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan dibawahnya serta pengusaha-pengusaha sektor perhutanan.

Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Membaca Surah Yassin, Doa Selamat dan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah ini adalah merupakan acara keugamaan yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan yang merupakan acara pembuka tirai bagi acara-acara sempena memperingati Sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada tahun ini, yang telah dirancang dan disusun oleh Jabatan Perhutanan.

Attachments